KOTA BAHARU, 3 Mac -- Penjual ikan di Pasar Siti Khadijah Deraman Muhamad, 60, mula berniaga di pasar itu hari ini selepas menamatkan mogok sehari sebagai tanda protes terhadap arahan penggunaan Kotak Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) oleh kerajaan.Semalam para peniaga ikan di pasar itu bertekad untuk tidak membuka perniagaan ekoran arahan tersebut yang dikuatkuasakan bermula 1 Mac.Bagaimana pun isu itu dianggap selesai hari ini menerusi kata sepakat antara kerajaan dan Anggota Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA