KUALA LUMPUR, 7 Mac -- ASYIK...Dua penari Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mempersembahkan atu daripada tarian dari keluarga zapin pada acara `Main Zapin' anjuran ASWARA di Panggung Eksperimen di sini, hari ini.Main Zapin mengetengahkan pelbagai tarian zapin dari negeri-negeri dan daerah di Malaysia.Ia berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.Antara tarian zapin yang dipertontonkan ialah Zapin Pekan (Pahang), Zapin Parit Mastar (Pontian, Johor), Zapin Padang Sari (Batu Pahat, Johor), Zapin Salor (Kelantan), Zapin Terengganu, Zapin Suara Siam (Sabah), Zapin Sebat (Sarawak), Zapin Pekajang (Gelang Patah, Johor), Zapin Tanjung Labuh (Batu Pahat, Johor), Zapin Dayung (Kluang, Johor), Zapin Mahpom (Muar, Johor) dan Zapin Putar Alam (Johor).Difahamkan tarian zapin setiap gerak zapin mempunyai mempunyai penceritaannya yang tersendiri dan sering berkaitan kehidupan masyarakat seperti nelayan dan petani.Zapin juga sering dikaitkan dengan muda mudi yang sedang bercinta di samping mencari pasangan bagi mereka yang belum berpunya.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA