PULAU PINANG, 1 Mac -- Ini adalah antara 56 kereta berhias yang menyertai perarakan sempena perayaan Chap Goh Meh di sini malam tadi.Perarakan itu dianjur oleh kuil Poh Hock Seah dan disaksikan kira-kira 50,000 orang. Perarakan yang sejauh 10 kilometer itu bermula dari kuil Tua Pek Kong di Lebuh Armenian dan menyelusuri Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Chulia, Jalan Penang, Jalan Burma, Jalan Pangkor, Jalan Perak, Jalan Anson, Jalan Macalister, Jalan Magazine, Lebuh Mcnair, Lebuh Sandiland, Jalan C.Y. Choy, Lebuh Pantai dan Lebuh Gereja sebelum kembali ke kuil berkenaan.Perarakan itu bermula pada pukul 8 malam tadi dan berakhir 2.30 pagi. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA