SIBU, April 16 -- Sibu akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil bagi parlimen itu pertengahan bulan depan.Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sesi penamaan calon akan berlangsung 8 Mei manakala hari mengundi ditetapkan 16 Mei.Abdul Aziz ketika mengumumkan tarikh berkenaan di sini, hari ini berkata, lebih seorang berminat untuk bertanding pada pilihanraya kecil itu.Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan , Jumaat lepas.Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar masing-masing 52,158 pengundi awam, 2,537 lagi pengundi pos manakala anggota tentera 1,910 dan 627 lagi anggota polis.--fotoBERNAMA COPYRIGHT RESERVED