SHAH ALAM, 2 Apr -- Wong Chuan How, pegawai khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, melambaikan tangan kepada jurugambar selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini dari tuduhan mengemukakan borang peruntukan dan invois yang mengandungi butiran palsu berhubung pembekalan 2,500 unit bendera kereta, dua tahun lepas.Wong bagaimanapun menghadapi dua lagi pertuduhan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM5,000 dan RM2,500 yang masih di peringkat perbicaraan di Mahkamah Sesyen berasingan di sini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA