PULAU PINANG, 21 April -- Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, M. Guna Selan (kiri) dan pegawainya memeriksa barangan yang dirampas dari sebuah premis yang menjalankan aktiviti jualan langsung tanpa memiliki lesen yang sah pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.Modus operandi yang digunakan oleh syarikat tersebut ialah dengan mempengaruhi orang awam supaya melaburkan sejumlah wang untuk menjadi ahli syarikat berkenaan.Hasil serbuan tersebut, pihak KPDNKK negeri menyita produk-produk kesihatan dan pelbagai barangan lain yang bernilai RM143,856 dari syarikat itu.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA