PENAMPANG, 30 Mei -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (kiri) bersama timbalannya yang juga Presiden Persatuan KadazanDusun Murut (KDCA), Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (kanan) menumbuk padi menggunakan lesung kayu sebagai simbolik perasmian Majlis Pelancaran Pameran dan Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Hongkod Koisan, dekat sini hari ini.Acara kemuncak Pesta Kaamatan peringkat negeri yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini ialah pertandingan Ratu Cantik Pesta Kaamatan atau Unduk Ngadau yang disertai oleh 41 gadis remaja di setiap dearah ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA.