PETALING JAYA, 31 Mei -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan program penstrukturan semula pasukan keselamatan itu di samping menambah jumlah pegawai awam dalam pasukan awal bulan depan (Jun), kata Ketua Polis Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed (tengah).Katanya, penstrukturan semula yang akan dilancarkan Rabu ini antara lain membabitkan penempatan pegawai berpangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di lapangan."Ini bagi menambah jumlah pegawai di lapanngan di samping menggantikan pegawai beruniform yang bertugas di pejabat dengan penjawat awam", katanya semasa memberi taklimat mengenai penempatan semula pegawai beruniform pada sidang akhbar di Balai Polis Damansara di sini, hari ini.Proses penstrukturan semula itu bermula awal tahun ini.Penempatan semula pegawai untuk tugasan luar pejabat itu bukan sahaja untuk meramaikan pegawai polis beruniform di luar untuk memberi fokus kepada mengurangkan kadar jenayah di kawasan panas (hot spot).--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA