PENAMPANG, 30 Mei -- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (kanan) beradu gusti lengan atau di dalam bahasa Kadazandusun, 'Mipulos' dengan timbalannya yang juga Presiden Persatuan Kadazan Dusun Murut (KDCA), Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (dua, kiri) sebagai simbolik perasmian Majlis Pelancaran Pameran dan Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Hongkod Koisan, dekat sini hari ini.Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Peter Pang En Yin (tengah) Acara kemuncak Pesta Kaamatan peringkat negeri yang berlangsung selama dua hari bemula hari ini ialah pertandingan Ratu Cantik Pesta Kaamatan atau Unduk Ngadau yang disertai oleh 41 gadis remaja di setiap daerah ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA.