KOTA BAHARU, 18 Mei -- Pengelola Istana Diraja Datuk Abdul Halim Hamad ketika mengadakan sidang media selepas melawat pengawal istana Kelantan, Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu yang kini dirawat di di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini.Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra hari ini menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM100,000 kepada keluarga Ramli bertujuan meringankan bebanan keluarga tersebut.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA