PULAU PINANG, 17 Mei -- Pintu gerbang yang sedang dibina di kawasan masuk Kebun Bunga Pulau Pinang di sini, yang dikatakan condong bakal dirobohkan sekiranya membahayakan orang ramai.Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hari ini meminta pemaju yang mengendaikan kerja-kerja pelebaran Taman Botanic yang menelan belanja RM7 juta di Jalan Kebun Bunga supaya mengemukakan laporan teknikal mengenai salah satu daripada dua pintu gerbang yang dibinanya condong mengikut laporan yang diberikan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO).-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA