PADANG BESAR, 6 Mei -- TERBALIK ... Beberapa pekerja dari syarikat pembinaan landasan keretapi meninjau keadaan lima gerabak keretapi yang terbalik berhampiran Felda Rimba Mas dekat sini, hari ini.Dalam kejadian pada pukul 2.40 petang tadi, lima buah gerabak keretapi dari arah Thailand terbalik selepas tergelincir ketika melalui landasan di kawasan yang sedang dalam pembinaan menaiktaraf dalam projek landasan berkembar.Keretapi tersebut dipercayai membawa muatan getah keping dari Thailand menuju ke Perai.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA