KUCHING, 25 Mac -- Pengusaha seramik,Helena David Kalum, 54, menunjukkan hasil seramik miliknya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.Produk kraf utama dihasilkan Helena ialah pinggan seramik bermotif Sarawak kerana ia lebih dekat di hatinya selain mahu mengangkat seni kaum Iban yang semakin dilupakan, manakala produk sampingannya merangkumi manik serta pasu seramik.Beliau berkata jualan pertamanya yang mencecah lebih RM1,000 telah menjadi titik tolak yang menyemarakkan semangatnya dan sejak itu peniagaannya terus berkembang hingga pernah mencatat jualan RM10,000 dalam sehari.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA