KUALA LUMPUR, 1 Mei -- GALERI KELAH ... Pengunjung berpeluang melihat ikan kelah dari dekat yang merupakan spesies ikan liar selepas perasmian galeri ikan kelah tersebut di Ladang Lui, Hulu Langat di sini, hari ini.Pemuliharaan ikan kelah yang diusahakan selama tujuh tahun ini telah menempatkan lebih kurang dua ribu ekor dari berbagai spesies.Galeri yang menempatkan koleksi ikan kelah dari berbagai spesies ini akan dibuka kepada orang ramai selepas perasmiannya oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.Pengunjung juga berpeluang menikmati rasa keenakan ikan kelah di Cafe Lui yang terletak di ladang tersebut.Harga seekor ikan kelah yang masih hidup boleh mencecah sehingga RM 500 sekilogram.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA