GEMAS, 31 Dis -- Senior Locomotive Inspector (SLI) Stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Gemas, Mohd Kamal Asmawi, 49, membeli minuman di kafe bergerak tren Ekspres Selatan (ES), satu kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada penumpang sepanjang perjalanan dari Stesen KTMB Gemas ke Stesen KTMB Segamat.Detik perkhidmatan tren Ekspres Selatan (ES) melabuh tirai operasinya bermula esok bukan sekadar menandai penghujung sebuah perkhidmatan rel, sebaliknya membuka helaian kenangan yang sarat makna serta menyingkap jasa wira di sebalik tabir, yang setia memastikan setiap derapan lokomotif diesel bergerak selamat dan tepat ke destinasi.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA