KUALA LUMPUR, 1 Mei -- GALERI KELAH ... Pengunjung berpeluang melihat ikan kelah dari dekat yang merupakan spesies ikan liar selepas perasmian galeri ikan kelah tersebut di Ladang Lui, Hulu Langat di sini, hari ini.Kelihatan seorang pengunjung Tunku Azela Tunku Aziz bersama anaknya Tunku Zara Sophia Sany, 18 bulan, dari Bukit Damansara berpeluang melihat ikan kelah yang dibuka kepada orang ramai selepas majlis perasmian galeri tersebut oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.Pemuliharaan ikan kelah yang diusahakan selama tujuh tahun ini telah menempatkan lebih kurang dua ribu ekor dari berbagai spesies. Pengunjung juga berpeluang menikmati rasa keenakan ikan kelah di Cafe Lui yang terletak di ladang tersebut.Harga seekor ikan kelah yang masih hidup boleh mencecah sehingga RM 500 sekilogram.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA