KUALA LUMPUR, 1 Mei -- GALERI KELAH ... Pengerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob (kiri) melihat pemuliharaan ikan kelah selepas merasmikan galeri ikan kelah di Ladang Lui, Hulu Langat di sini, hari ini.Turut hadir Pengerusi Ladang Lui, Datuk Ahmad Haron (dua, kiri).Pemuliharaan ikan kelah yang diusahakan selama tujuh tahun ini telah menempatkan lebih kurang dua ribu ekor dari berbagai spesies.Galeri yang menempatkan koleksi ikan kelah dari berbagai spesies ini akan dibuka kepada orang ramai selepas perasmiannya.Pengunjung juga berpeluang menikmati rasa keenakan ikan kelah di Cafe Lui yang terletak di ladang tersebut.Harga seekor ikan kelah yang masih hidup boleh mencecah sehingga RM 500 sekilogram.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA