BUKIT MERTAJAM, 5 Mei -- Bahagian Penguatkuasaan Kastam negeri di sini berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan pelbagai jenis arak ke negara ini dengan menggunakan dokumen import alat elektronik apabila menahan dua kontena di Pelabuhan NBCT di Butterworth, dekat sini.Kontena yang berisi beribu-ribu botol arak pelbagai jenis itu ditahan dalam pemeriksaan Kastam hasil maklumat orang awam pada 28 April lepas.Timbalan Pengarah Kastam negeri, R. Mariappa (kiri) menunjukkan pelbagai jenis minuman keras yang dirampas semasa mengadakan sidang akhbar di sini hari ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA