MELAKA, 23 Mei -- Para peserta bersaing merebut kejohanan kategori Endurance pada Cabaran Jet Ski Jemputan Antarabangsa Melaka di Lagun Dataran 1Malaysia , Klebang di sini hari ini.Pada kejohanan yang julung kali diadakan itu, penunggang jet ski dari Thailand, Teera Settura muncul sebagai juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 3000. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari bermula semalam disertai oleh 50 peserta dari empat buah negara iaitu Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA