SANDAKAN, 16 Mei -- TAPAI atau lebih dikenali sebagai 'Rice Wain' di kalangan pelancong asing menjadi makanan popular menjelang sambutan Pesta Kaamatan.Tapai yang bermutu tinggi mempunyai rasa pahit dan manis sementara proses membuatnya bukan mudah memandangkan ianya memerlukan pengalaman turun temurun dari nenek moyang mereka kerana tanpa pemeraman tapai boleh menjadi masam.Kelihatan Pengerusi Persatuan Kadazandusun Datuk Ambrose Juin (kiri) cuba merasa pilihan tapai yang bermutu sambil diperhatikan oleh pengadil pertandingan tapai terbaik di Ulu Dusun Sandakan di sini, baru-baru ini. Pesta Kaamatan disambut pada 30 dan 31 Mei ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA