KUALA LUMPUR, 28 Jan -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Shukri Ishak sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita, berkuat kuasa 1 Februari ini. Pelantikan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.Mohd Shukri, 53, dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita selepas memangku jawatan tersebut sejak 22 Julai tahun lepas berikutan persaraan wajib Nasriah Darus.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA