JERTIH, 27 Nov - Muhammad Khalish Aqeel Azizi, 12, murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah Jertih membasuh reban arnab setiap pagi dalam membantu keluarganya pada musim cuti persekolahan akhir tahun di rumahnya di Kampung Gaung Jertih. Setiap pagi Aqeel bukan sahaja memberi makanan secukupnya kepada ayam kampung, itik, ayam api, ayam belanda, angsa, arnab dan arbok termasuk burung kepunyaan ayahnya malah beliau akan membasuh reban arnab dan mengutip telur itik yang bertelur di sekitar reban tersebut. Sebagai anak sulung kepada tiga orang beradik, Aqeel membantu keluarganya kerana bapa dan ibunya bertugas sebagai kakitangan kerajaan yang pulang lewat petang setiap hari. Beliau yang mendapat 1A dan 5B dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini bercadang untuk memasuki Tingkatan 1 sekolah menengah agama tahun depan. - fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** JERTIH, 27 Nov - Muhammad Khalish Aqeel Azizi, 12, murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah Jertih sibuk membantu menguruskan arnab-arnab kepunyaan ayahnya setiap pagi dalam membantu keluarganya pada musim cuti persekolahan akhir tahun di Kampung Gaung Jertih hari ini. Setiap pagi Aqeel bukan sahaja memberi makanan secukupnya kepada pelbagai jenis ternakan malah turut memeriksa dan memantau arnab dan memastikan makanan dan air setiasa cukup untuk arnab-arnab yang dijagainya itu. Sebagai anak sulung kepada tiga orang beradik, Aqeel membantu keluarganya kerana bapa dan ibunya bertugas sebagai kakitangan kerajaan yang pulang lewat petang setiap hari. Beliau yang mendapat 1A dan 5B dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini bercadang untuk memasuki Tingkatan 1 sekolah menengah agama tahun depan. - fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
JERTIH, 27 Nov - Muhammad Khalish Aqeel Azizi, 12, murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah Jertih tidak menghabiskan masa dengan sia-sia pada musim cuti persekolahan akhir tahun ini selain daripada membantu keluarganya menjaga dan memberi makanan kepada ternakan setiap pagi dan petang di Kampung Gaung Jertih. Setiap pagi Aqeel bukan sahaja memberi makanan secukupnya kepada ayam kampung, itik, ayam api, ayam belanda, angsa, arnab dan arbok termasuk burung kepunyaan ayahnya malah beliau akan membasuh reban arnab dan mengutip telur itik yang bertelur di sekitar reban tersebut. Sebagai anak sulung kepada tiga orang beradik, Aqeel membantu keluarganya kerana bapa dan ibunya bertugas sebagai kakitangan kerajaan yang pulang lewat petang setiap hari. Beliau yang mendapat 1A dan 5B dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini bercadang untuk memasuki Tingkatan 1 sekolah menengah agama tahun depan. - fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA