KANGAR, 13 Mei -- Bunting yang memaparkan wajah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid menghiasi sepanjang jalan utama Arau-Kangar di sini.Tinjauan fotoBERNAMA mendapati kebanyakan jalan utama di sekitar Perlis dihias indah sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail ke-67 pada 17 Mei ini. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA