KUALA NERANG, 4 Sept -- BERAS PULUT... Sebahagian daripada 1,750 penduduk Padang Tetap yang menerima sumbangan beras pulut bagi persiapan menyambut Aidilfitri 2010 pada majlis Jejak Kasih, di sini, hari ini.Sumbangan berupa beras pulut, kain pelikat/batik dan wang tunai yang diserahkan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri Datuk Ghazali Ibrahim itu bagi meringgan golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU), veteran Umno, bekas Polis, dan warga tua di dalam Parlimen Padang Terap.Barangan itu adalah hasil sumbangan daripada Amanah Raya Berhad, Syarikat Kumpulan Usima, ICU dan Felcra Bhd. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA