JOHOR BAHARU, 10 Ogos -- Kapal tangki MT Genmar Gulf yang berdaftar di Marshall Islands cuba dirompak lima lelaki bersenjatakan pistol dan pisau rambo semasa berada di kedudukan dua batu nautika tenggara perairan Tanjung Ayam, dekat Pengerang, di sini, hari ini.Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Hassan Jusoh berkata kesemua lelaki bertopeng itu dipercayai memanjat kapal tangki itu dengan menggunakan tali kira-kira 3.30 pagi sebelum memasuki bilik enjin dan mengikat seorang anak kapal.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA