KUALA LUMPUR, 29 Ogos -- Pengusaha pusat membeli-belah mewujudkan suasana perayaan dengan menganjurkan pertandingan tanglung bermula 31 Ogos hingga 26 September ini.Tanglung-tanglung yang dipertandingkan akan dipamerkan sepanjang program itu yang mana telah menarik sebanyak 59 penyertaan dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM 40,000.Bertepatan dengan sambutan Hari Merdeka dan Aidilfitri, sepanjang program itu akan diadakan juga persembahan hiburan dan kebudayaan pada Selasa ini dan juga pada pertama dan kedua Hari Raya.Kelihatan, salah seorang juri menilai tanglung yang dipertandingkan sempena majlis perasmian "Mid Autumn Sea of Lights Celebration" bermula 31 Ogos-26 September di Cheras Leisure Mall sini hari ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA