KUALA LUMPUR, 7 Jun -- DEMAM PIALA DUNIA...Kain rentang bersaiz gergasi kempen Piala Dunia 2010, dengan slogan "Sorakan 1Malaysia 1Dunia" memenuhi bangunan Angkasapuri menjelang kejohanan berprestij Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan bermula dari 11 Jun hingga 11 Julai ini. Radio Televisyen Malaysia (RTM) diberikan hak eksklusif untuk menyiarkan secara langsung perlawanan bola sepak tersebut.RTM akan menyiarkan 35 perlawanan dengan 24 daripadanya disiarkan secara langsung sementara bakinya disiarkan melalui siaran tertunda di saluran RTM1 dan RTM2. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA