SEREMBAN, 3 Mac -- Pengurus Operasi Fasiliti Terminal Satu, Arina Shakinah menunjukkan sistem jualan tiket bagi perjalanan ke Pantai Timur yang habis dijual pada malam raya ketika ditemu bual Bernama di Hentian Bas Terminal Satu, baru-baru ini. Tiket bas ekspres dari Seremban ke destinasi utama ke Pantai Timur habis terjual sehingga 90 peratus sejak dua hari lepas sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.Tinjauan Bernama di Terminal Satu di sini mendapati, tiket ke destinasi Kuala Terenganu dan Kota Bharu, Kelantan habis dibeli, hanya tiket perjalanan ke arah utara sahaja yang masih banyak belum terjual.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA