KUALA LUMPUR, 23 Jan -- Koleksi British Colonial Office melalui Arkib Negara Malaysia merujuk kepada kumpulan rekod rasmi yang diwujudkan oleh Colonial Office iaitu jabatan kerajaan yang menguruskan pentadbiran tanah jajahan empayar British dari abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20. Koleksi ini berkaitan pentadbiran dan tadbir urus, hubungan antarabangsa, perubahan demografi dan kehidupan di negara tanah jajahan British.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA