TELUK INTAN, 4 Feb -- Dua lelaki warga Indonesia, Rasyid Arshad, 52, dan Mustari, 55, masing-masing dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan secara bersama menipu seorang warga emas berjumlah RM15,000 pada Januari lepas.Majistret Naidatul Athirah Azman menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh tersebut selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.Kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama menipu lelaki warga emas berusia 77 tahun itu dengan memperdaya mangsa kononnya tertuduh telah memenangi loteri dan ingin menuntut wang kemenangan tersebut menggunakan kad pengenalan mangsa.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA